Sekolah
Kebangsaan Sanglang mula didirikan pada 1331 Tahun Hijrah (19100 Masihi) oleh
Kerajaan Negeri Kedah dan diasaskan oleh Penghulu Mukim Sanglang iaitu Datuk
Penghulu Tuan Haji Kasa. Bangunan yang berukuran 72 x 24 kaki itu didirikan di
Kampung Tengah, Mukim Sanglang. Bangunan ini hanya berdindingkan buluh,
berlantaikan tanah dan beratapkan nipah. Murid-murid yang memulakan
persekolahan di sini ialah sebanyak 120 orang terdiri daripada murid lelaki
semuanya. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Othman bin Haji Raof. Pada
masa ini aliran sekoloahnya hanya setakat darjah empat sahaja.
Pada 1342 Tahun Hijrah (1921
Masihi),Kerajaan Negeri Kedah telah mendirikan sebuah lagi bangunan baru.
Bangunan ini bertiangkan kayu bulat, berdindingkan pelupuh dan berlantaikan
pasir laut. Pada masa ini jumlah murid-murid sebanyak 170 orang dan 5 orang
guru. Pelajaran Agama Islam pula diajar pada sesi petang oleh dua orang guru
agama.
En. Othman bin Haji Raof bersara
pada 1355 Tahun Hijrah (1934 Masihi) dan beliau digantikan oleh En. Abdullah
bin Ismail sehingga 1357 Hijrah (1936 Masihi). Kemudian beliau ditukarkan ke
Sekolah Kebangsaan Yan, Kedah dan tempat beliau digantikan oleh En. Ismail bin Yahaya.
Pada tahun ini jumlah murid bertambah kepada 250 orang dan 8 orang guru dan
aliran persekolahannya dinaikkan sehingga ke darjah empat.
Kerana pertambahan murid agak
banyak, Ketua Pegawai Pelajaran (Tuan Steil) bersetuju membina sebuah bangunan
baru yang lebih elok. Bangunan bertiangkan simen, berlantaikan papan dan
beratapkan genting . juga dibina sebuah rumah untuk guru besar.
Pada 1360 Tahun Hijrah (1939
Masihi) En. Ismail bin Yahaya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kodiang dan beliau
diganti oleh En. Abd. Rahman bin Khamis. Pada 1368 Tahun Hijrah (01.05.1949
Masihi) En. Abd. Rahman bin Khamis pula bertukar ke Sekolah Kebangsaan Yan,
Kedah dan beliau diganti oleh En. Din bin Mat Saman dari Langkawi, Kedah.
Pada tahun ini jumlah
murid-murid ialah 277 orang, terdiridari 227 murid lelaki dan 50 orang murid
perempuan. Pada tahun ini juga bermulanya persekolahan bagi kanak-kanak
perempuan. Pada 29.7.1955 En. Din bin Mat Saman bertukar ke Sekolah Kebangsaan
Kodiang dan tempat beliau di gantikan oleh En. Osman bin Awang.
Pada tahun 1958, Ahli Lembaga
Pengurus Sekolah Kebangsaan Sanglang telah bermesyuarat untuk mendirikan sebuah
lagi bangunan tambahan. Hasil daripada mesyuarat tersebut, terdirilah sebuah
bangunan yang keluasannya 120 kaki x 60 kaki, hasil derma Ahli lembaga Pengurus
dan orang ramai. Pada tahun ini, jumlah murid-murid di sekolah ini semakin
meningkat dan alirannya dinaikkan hingga ke darjah enam.
No comments:
Post a Comment